Review 2: Baju, Tudung and Veil
Malas sebenarnya nak buat review-review ni. Dah la tak berapa passion sangat nak update blog sekarang ni. Bukan apa, nak edit-edit picture bagai tu yang leceh tu.Pastu dengan benda dah lepas almost one month.Rasa macam cerita dah basi. Tapi ada yang bertanya, ada yang email, jawab la sekali harung je la kot ek? Sorry ye email-email selalu liat sikit nak reply. Ampun
OK kali ni cerita pasal outfit hari itu. Baju kurung moden itu adalah baju biasa-biasa saje. Beli ready-made kat Carrefour je with less than RM200. Tak sempat kot nak buat..Beli and tukar 3 kali baju sebab tak menepati selera. Ye lah nama pun ready-made susah sikit la kot nak kena dengan selera kita. Itu pun sebenarnya tak suka sangat dengan baju tu (at first!) sebab warnanya macam dull sikit. Tapi lepas jee dapat veil, terus rasa sangat-sangat bahagia. Originally nak bukak balik manik-manik yang ada kat baju tu nak jahit manik pink konon-konon nak match dengan veil tu tapi duk pikir balik lantak pi lah.Tunang je pun (Tapi sebenarnya malassss gila!). So I just leave it. Alhamdulillah it turned out well. Mungkin effect spot light tu kot.
Seterusnya pasal veil yang sangat-sangat cantik. Part veil pun berdrama jugak. Merata cari veil yang boleh match dengan baju. Pergi gulatis, ariani, kedai-kedai kat jalan TAR pun takder. Sampai gigih cari kain yang match dengan bau konon-konon nak buat sendiri la veil tapi kain yang match pun tak ada. Pelik kan? Memang give-up habis lah. Bayangkan seminggu sebelum majlis baru dapat veil. Itupun sebenarnya tawakal je la. Kalau warna tak match pun pikir slumber je la pakai. So kalau nak tau, my beautiful veil was from Radiusite. Tudung Sakura Shasmeen namanya. Ada yang tanya, macam mana boleh dapat order sebab sakura shasmeen ni antara hot stuff kat Radiusite ni. Jawapannya adalah, pls be alerted dengan semua announcement kat Twitter and Facebook. Bila dia kata 11am update silalah get ready and isi order form 11am itu jugak. Lepas tu sila lah rasa berdebar-debar nak tau kita ni selected ke tak as a buyer tudung yang kita nak tu. Hahaha that is my experience. Asek la duk check email. Thanks Ika and staff for the prompt response to all my inquiries. Really loves my veil. **Heart**
Tudung 3-tone bahagian dalam tu shawl biasa-biasa je ye. Sebab ada yang tanya beli kat Radiusite jugak ke? No..Saya beli kat Carrefour je. RM 10 .For me, biar harga murah and make it looks exclusive one not the other round ya. Setuju?
Saya ambil inspirasi dari wanita ini
May 15, 2012 No Comments

Review 1:Make-Up Artist (MUA) on E-day
Selepas majlis merisik on last 3rd March, dah dapat tarikh tunang, first thing that I am looking for is MUA. In fact, I did survey for my wedding day sekali. Daripada harga yang ribu-riban sampai la yang murah sekali. Nanti I’ll share info about MUA to bride-to-be yang lain. But for my engagement, I hire a friend of mine as my MUA. Dia ni memang selalu mekapkan aku during the photoshoot. So rasa comfortable sikit la nak mekap nanti. And the best thing is I got the best price from her
Ary ni sangat punctual ye. Masa dia sampai rumah, aku tak siap pun mandi lagi. Berdesup gi mandi and siap-siap, terus Ary mekap kan. Mak dengan ayah siap-siap pesan jangan mekap tebal-tebal takut orang kampung terkejut nanti. Siap ayah masuk bilik nak check
Aku mintak Ary mekap ala-ala Lisa Surihani masa nikah.huhu.Walaupun diri ini tak ada lah secantik Lisa Surihani tu, tapi sangat puas hati!Haaaa and on that day baru aku tau kenapa mak andam selalu tak kasi orang masuk dalam bilik tengok pengantin. It happened on my engagement day, ramai betul sedara-mara, kawan masuk dalam bilik nak borak-borak laa dengan aku and nak tau apa jadi? Rombongan lelaki dah sampai pun aku tak siap lagi. Masa tu Ary dah pressure gila dah. Dengan aku yang gelabah biawak ni, lagi la nervous kot!Sorry ye Ary, sebab dorang tak pernah tengok kita main mekap-mekap
Berpeluh-peluh you.
But, the result….I am soo in love with my look on that day. Ramai kata lawa hehe and paling best bila makayah pun suka dengan make-up on that day. Bliss! . Mekap tahan sampai petang untuk outdoor. Suka betul!

- Me and Girls
Dear Bride-to-be, if you are looking for affordable MUA, I really recommend her. Mana nak cari MUA yang charge you below RM200 kat KL ni? Don’t worry, even her service is cheaper compared to others, barang dia guna semua original from MAC, Bobbi Brown and etc.. Do contact her for any inquiry. You’ll not be regretted. Trust me!
Contact Ary ( 012-3371530) to enhance your beauty on your big day
May 7, 2012 No Comments

She is Leaving Us..
Salam…pagi-pagi dah update blog..Lepas Subuh tadi tak boleh sambung tidur takut terlajak sebab karang nak jumpa caterer for majlis nanti. In another note, so sad sebab tak dapat hantar the bestie pergi KLIA. Yes, my bestie our Sarah will be leaving soon. May be masa ni dia dah ada kat airport. She’ll fly to Canada for the training. I am happy for her. This is good for her career path. Tapi sedih jugak sebab hilang sudah one of my bridesmaid. Hopefully dia sempat balik Malaysia sebelum majlis
So, masa majlis tunang hari tu, me and Nelly sempat la celebrate her birthday party cum farewell party sebab esoknya tu birthday dia. We bought Red Velvet cupcakes sebab Sarah ni duk ngidam RV cupcakes dari bulan lepas rasanya. Thanks iXalicious sebab birthday girl sangat suka cupcakes tu. Sangat sedap!!Lega rasanya bila impian birthday girl nak makan RV cuppies tercapai
Sarah, take care di negara orang and do keep in touch ye.. We love you and gonna miss you!xoxo
…and YOU deserves this award:
May 5, 2012 No Comments

Why Man Don’t Listen & Women Can’t Read Maps
Antara hantaran yang aku bagi pada pihak laki are books. Aku gila buku sebenarnya. Bayangkan aku beli lebih dari 5 buku nak buat hantaran. Tapi mana boleh muat semua dalam tray kan. Muat da la satu hal. Pastu berat pulak tu. Then, I decided only selected books jadikan hantaran. Yang lain tu boleh je nak bagi hadiah. Alaaa lagi pun Mr. A bukannya suka baca buku-buku macam ni sangat.
One of the selected book is “Why Man Don’t Listen & Women Can’t Read Maps” by Allan & Barbara Pease. Version Malay okay. Senang sikit nak baca
Buku ini highly recommended.Serius isinya adalah realiti. Bila baca tu kan, rasa macam eh yang ni sama lah. Eh aah betull lah. Lebih kurang macam tu la.
Ok ni antara point2 yang aku rasa sama dengan diri aku and Mr.A:
“Sekiranya lelaki mendiamkan diri, biarkan dia bersendirian kerana dia pasti kembali tenang. Jika wanita mendiamkan diri, ada masalah besar yang sedang bergolak.”
“Apabila wanita tidak gembira dalam perhubungannya, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerja. Apabila lelaki tidak gembira di tempat kerja, dia tidak dapat menumpukan perhatian kepada perhubungannya.”
“Wanita yang tertekan menganggap apabila dia dapat bercakap dengan pasangannya, itulah hadiah buatnya. Tapi laki anggap bercakap ketika tertekan adalah gangguan kepada usaha menyelesaikan masalah.”
Ada tak yang sama? So far, ada yang terasa? Ok yang seterusnya paling samaa dengan saya dan Mr.A.
“Keupayaan spatial perempuan tidak kuat menyebabkan mereka menghadapi kesukaran membaca peta ataupun mencari arah jalan.” –> haha yang ni memang 100% daku terasa la. My biggest weakness is aku tak pandai baca map, aku tak reti nak cari arah jalan and tak ingat jalan tu. Haha.Nasib baik la sekarang ada Mr. Garmin. Kalau tak menggagau gak la nak jalan ke mana-mana.
Ada lagi yang sama. “Disebabkan keupayaan spatial perempuan yang lemah ni, perempuan paling ramai cari kereta kat kawasan car park shopping complex. “Yang ni memang pernah jadi. Berpusing-pusing aku kat car park IKEA tu cari kereta tak jumpa. pffttt.
Point yang last ni kan aku dah tak ingat ayat penuhnya tapi isu nya pasal wiper kereta. Perasan tak kalau lelaki yang drive time hujan, dia akan biarkan je air hujan kat cermin tu sampai dah tak nampak apa-apa baru dia nak on- kan wiper? Kalau perempuan pulak, hujan renyai or gerimis sikit mesti dia dah on-kan wiper. Ada tak yang macam ni?? Aku and Mr. A sebijik macam ni. Kadang-kadang pasal wiper ni pun boleh jadi issue kami argue tapi lepas baca buku ni aku dah tau da. Ini adalah normal!
In conclusion, Man are from Mars and Women from Venus. Kita dilahirkan mempunyai kelainan dan perbezaan tapi perbezaan inilah yang menyempurnakan antara satu-sama lain. We complete each other **LOVE**
April 29, 2012 No Comments

Officially…
Alhamdulillah..officially engaged to Mr.A on last 21st Apr 2012.
We have about 6 months to go before our BIG DAY. InsyaAllah…
to Mr.A, selamat menempuh cabaran-cabaran bertunang ni.
p/s: A lot of review entries after this.
April 26, 2012 No Comments















